Solat

Peringatan kepada semua dan juga saya
Solat? Yee perkara yang WAJIB dilakukan 5 kali sehari.
Yang uzur dikecualikan
Disini saya nak tekankan, haaaa :)

Bila disebut tentang solat, rasa diri tak perlu amik tahu, sebab dah tahu. Solat? Solat la. Asalkan kita solat, dah cukup.. haa bukan macam tu..
Tanya diri kita, bagaimana kita solat.. adakah kita ada buat perkara-perkara di bawah ni?

1. Kita baca namun penghayatannya tiada.
2. Bacaan pun belum tentu sempurna.
3. Fikiran entah kemana.
4. Laju bertarung dengan masa.
5. Lewatkan solat perkara biasa.
6. Amik wudhuk juga sambil lewa.
7. Nikmat solat tidak terasa.
8. dan ketenangan itu belum hadir juga.

"maka celakalah orang yang solat, iaitu orang yang lalai terhadap solat mereka" (Al Ma'un, 107:4-5)

Cuba untuk perbaikinya eh, sama sama kita baiki. Insha'Allah :)